Followers

Saturday, January 21, 2012

Izwan Pilus meninggal dunia!

-gambar terakhir arwah di Hospital Ampang-

KUALA LUMPUR- Penyanyi dan Pengacara, Khairil Izwan b. Pilus atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus, 32,  telah meninggal dunia di Hospital Ampang, di sini, petang semalam, berikutan jangkitan kuman pada darah dan jangkitan air kencing tikus.

Bekas pengacara Bintang RTM itu menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan keluarga dan rakan baik kira-kira jam 6:15 petang semalam(20.1.2012)..Anak kedua daripada empat beradik itu dimasukkan ke hospital disebabkan demam kuning, kira-kira jam 12.30 malam kelmarin.

Awal Disember lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak dan ditahan di wad selepas mengadu demam panas, manakala adiknya, Aril AF7 turut dimasukkan ke wad sama akibat demam denggi.

Jenazahnya dibawa pulang ke kampungnya di Jasin, Melaka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang, Gubah, Jasin kira-kira jam 9 pagi hari ini.

Allahyarham mula dikenali dalam industri hiburan tanah air selepas menjadi final Bintang RTM 2004 dan pernah muncul dengan album Indah Lelapku pada 2005. Beliau juga pernah menjadi finalis Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-14.

- ayat terakhir arwah..pada 18 Jan.2012-

No comments:

Post a Comment