Followers

Thursday, August 28, 2014

Kek Brownies Cheese

Phewww~ buat pertama kalinya dlam hidup aku, bila aku BERJAYA buat 1kek yg dinamakan Brownies Cheese.. I think, kpd kaki2 buat kek ni mmg thu kot amende brownies cheese. hee.aku pun bru kenal kek ni semalam dn hri ni jugak aku buat ..Bukan apa, bila bahan2 dh ada kt dapur, senang lha nk buatnyaa. Singkatan laa kan, Brownies Cheese ni act 2layers. lapisan bawah ialah coklat &lapisan atas (topping) cream cheese.

Macam mana tercetusnya idea nk buat kek hri ni jugak??
Ok, actually aku b'semangat tahap dewa nk buat BC ni pasai bahan2 dia simple. yg kedua, dia xde pkai ovelette. Sbb ak xbrpa nk suka dgn ovelette, bila nk beli dia kena tgok bahan2. sbb ad org kata sesetengah ovelette guna lemak khinzir. But ,aku xsure psal tu. Wallahualam. Yg ketiga, bahan yg aku mmg rsa snang nk buat, ialah bila wujudnya tepung gandum. heheh :* Bg aku, xkesah nak buat cucur udang, kek or anything else, bila guna tepung gandum. rasaaa menjadi pulak.

Macam mana boleh jumpa resepi BC?
Pd mulanya, aku search resepi Congo Bars. Congo Bars ni plak ,ad sorang kakak kpd senior aku baking cake Congo Bars. so, dia kata senang je nk buat kek tu. Aku ni mcm segan gak nk tnya kakak tu mcm mna nk buat congo bars. Nak elak dri segan, aku terus ambil fon and then search kt google. Mmg senang gila laa nk buat but aku tak suka dgn choc chip ni. Kurang sikit. tetiba jumpa resepi BC ni. nama tu agak pelik. dn tanggapan aku 'hmm. susah nak buat nyee..' But, bila tgok cara2 ,peh senang mak aihh.

So, al-kisahnya mcm ni.....lepas balik skolah tdi, kebetulan abg aku ambik dri skolah so suruh dya masuk bndar. Nak beli cream cheese & butter. Bkan apa, kt kdai2 biasa takda jual bnde alah tu except butter laa. bahan2 buat kek ad d E'coco ajo. Mula2, pikir bnyak kali gak nak buat kek ni. Yela, sblum ni ,bila bermasakan ni, jarang hasil aku menjadi. nak senang crita buat resepi sndiri. Right? Nak taknak, aku usaha dan tawakkal jelaa. Dah mengidam sgt nk mkn BC ni. Pasal senang nk buat. tu jee.

Smpai je E'coco, aku terus bkak peti buat2 tahu mna satu cream cheese. Hahaha. Sumpah aku tak kenal & tak pernah beli. then, tnya penjual cina tu "kak.. Cream cheese yg ni ke?" sambil tnjuk kotak Whiping ape tah.Penjual tu kata "Ha'ah. yg tulaa." Aku ambik laa. bila kt kaunter aku nak yakinkan diri aku, kut2 tersilap bahan kang, jauh nak mai tukanyaa. dush2 . aku tny lg skali "Kak. whipping ni sama ng cream cheese ke?" dia kata "eh taklaa. lain .." So, dia pegi tuka laa. huahua .. Balik rumah , duk rehat dlam 10minit. terus copy resepi n write down on paper.. Ok, kpd sesape penggemar kek, boleh la try buat Brownies Cheese. SENANG ????? sangat senang, guys. Let's follow my step : (resepi ni diambil & diubahsuai dri blog member-lupa dh nm apa-)

Bahan bahan Kek (Layer bawah):
1.250 g butter (t'pulang pd anda nk guna butter apa. aku just guna butter Anchor salted tu. but, hrga dia mhal sikit. Butter Anchor dh mmg 250g .so, snang keja ..Hee)
2.1 1/2 tepung gandum
3. 3biji telur gred B
4. 1 sudu teh esen vanilla
5. 1 sudu teh sodium/natrium bicarbonate
6. 1 sudu teh baking powder
7. 1 1/2 cawan gula castor @ 1 cawan gula biasa yg telah dikisar
8. 1/2 cawan susu cair.
9. 1 cawan serbuk koko.

Cara cara :
1. Panaskan oven selama 20 min(150'c)
2.Cairkan butter. Masukkan 1cawan serbuk koko ke dalam bekas untuk anda nak buat bancuhan kek nnti.
3. Ambil bekas lain, pecahkan 3 biji telur serentak. dan masukkan 1 1/2 cawan gula castor @ 1 cawan gula biasa yg telah dikisar. Kacau hingga gebu / sebati.
4. Selepas butter dh btul2 cair, tuangkan ke dlam bekas yg korang msuk serbuk koko tdi. Kemudian, Tuangkan telur + gula tdi ke dlam bekas yg butter + serbuk koko. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan 1/2 cawan susu cair. Kacau lgi.
6. Masukkan 1 1/2 cawan tepung gandum. Kacau sehingga sebati.
7. Masukkan 1 sudu teh sodium/natrium bicarbonate, baking powder.. Then, kacau agak2 kedua2 bahan tu hancur. Then, masukkan 1 sudu teh esen vanilla.
8. Kemudian, ambil Loyang ,tak kira size apa n bentuk apa, and Alaskan Loyang tu dgn krtas minyak. Then, masukkan dlam oven. Tinggalkn sedikit bncuhan kek untuk dibuat corak atasnya.
9. Api atas bawah. (20 min/160'c)

Bahan bahan untuk 'topping' :
1. 250 g cream cheese (tak kesah brand apa. aku guna Philapeda.[tak reti nk eja] haha)
2. 1biji telur gred B.
3. 1cawan gula kastor / 1/2 cawan gula biasa yg dh dikisar.

Cara cara :
1.Pecahkan 1 biji telur .kemudian masukkan gula ke dlam bekas telur tu. then kcau smpai sebati. Actually, gula tu atas korang. klau nak manis boleh lbehkan. aku just guna 1/3 ..tkot manis.
2. masukkan cream cheese. kacau sehingga sebati.

Bila kek dh masak, korang tuang cream ni ke atas kek. make sure penuhi smua ruang taw. bru npak comel. then, buatlah corak m'gunakan bncuhan kek yg anda simpan tu. Bila kek anda dh comel,
Masukkan ke dlm oven. Api atas bawah (25 min/150'c)

#Lapik kertas minyak untuk elak dripda kek tu susah nak potong. bhg tapak melekat dgn Loyang#
#Gula biasa klau tak dikisar susah nk hancur bila korang kcau ..#

kat bawah hasil kek yg aku buat. Rasa nak buat lgi sbb dpat komen positif dri kluarga. Hahaha


Gmbr kaler lain sbb aku setting camera guna shot untk food. :)wrna asal mcm gmbr bwh n atas.


p/s : sorry , corak atas mcm comot. biasa laa, first time buat. hikhik, ni ad request dri kakakku yg study kt KmKN suh buat kek ni untk bufday dy 2/9 nnti. Ahaha. InsyaAllah. K la. got to go. Byee

No comments:

Post a Comment