Followers

Saturday, January 3, 2015

Misi Kemanusiaan Ke Kelantan.

Alhamdulillah ,segala puji bagi Allah pemilik sekalian alam, alahmdulillah kerana masih lagi d'beri peluang untuk bernafas di bumi milikNya. Salam Maulidul Rasul kepada semua umat Rasulullah SAW. Jangan lupa untuk berselawat ke atas junjungan baginda saw.

Alhamdulillah, semalam saya diberi kesempatan untuk melihat sendiri keadaan mangsa2 banjir di Kelantan. Untuk kelmarin, saya cuma sempat melawat di jajahan Kuala Krai sahaja. Saya cuba masuk ke kawasan pedalaman di Kuala Krai. Kebetulan semalam hari Jumaat, memang ramai kenderaan 4x4 duk b'konvoi dlam misi kemanusiaan, dan rata2 dari mereka menuju ke Kuala Krai. Macam2 ajensi yg berada di Kelantan like AmBank. Bantuan kpd mangsa rata2 dari negeri2 luar spt Johor, Kedah, Selangor, Pahang dan Terengganu. Semalam jugak, jalan menuju ke Kuala Krai jammed. Bukan sikit, tapi banyak. Hoho, dari bandar Machang hingga ke simpang Telekong. Jalan yg sepatutnya 2 lorong, dah jadi 4lorong. >< Alhamdulillah, suka tengok kesungguhan anak2 muda kita yg rela mmbantu mangsa2 banjir. Alhamdulillah, Alhamdulillah.






Semlam , memula masuk Simpang Telekong, saya pergi ada satu kampung tu, Felda Pertam . Ada sebuah masjid tu, dah takde dinding kiri dan kanan. Sedih tengok. Yg ada cuma dinding bahagian Imam dan pembahagi antara jemaah lelaki dn perempuan. :( Atap alhamdulillah ada lagi. Semalam, kami berhenti kat situ jee. And ayah smayang jumaat kt masjid situ. Memula duk berckap dgan org kampung dulu. Sedih dgr dorang duk crita.

yg saya petakkan kaler merah, tu la masjid yg runtuh.. Kata org jemaah dkt masjd tu, dia akan bina masjid bru but kt tmpat lain la >< tgok masjid tu, nampak mcm kosong. Takda benda. smua sejadah dh dibawa arus. so, dorang cuma harapkan bantuan dripd org rmai jela untuk sejadah. And saya sndiri tgok, semalam pon orang yg nak smayang jumaat situ, kena bwak sejadah sndiri. :') Ramai gak yg snap gambor msjid tu, tp sy xleh sbb henfon xda bateri time tu. huhu. Sambil2 tunggu ayah siap smayang jumaat, saya dgn mak smpat berbual2 dgan kaum wanitaa. kami berbual dkat rumah yg sy lukis 5buah (berteres) .. Sedih dgar mereka crita.

berikut perbualan sorang makcik yg mnceritakan sndiri kpd saya :
"org sini (5buah rmah berteres) xleh mna pon bantuan, sbb hillux xbnyak yg brhenti wlaupon dlam sehari tu dlam 50hillux masuk. kami cuma harapkan bantuan dri sukarelawan persendirian jelaa. yg mcm NGO ke, kami malu nak mintak. Sebab pagi tdi (2.1.14), sy halang satu hillux yg lalu tu, sy kata 'bang, nk mntak bantuan mknan sikit. roti pon xpe, nk bg ank mkan.' then, abg tu kata 'area sini, estate yg tanggung.' then mkcik tu kata 'x. estate xtanggung pon. roti pon xpe la.' then abg tu bg lolipop 5batang. sy tahu, NGO yg konvoi, kbnyakan orang kuat. kita org kmpung xleh nak buat apaa. bila org kata xboleh, sy undur diri. malu pon ada sbb kita mntak, tp xdpat. kdg2 klau dpat beras 1beg, kena kongsi dgn rumah2 jiran. wlaupun xdiminta untuk brkongsi, tp kita nak sama2 merasa. mcm tulaa. kbnyakan hillux yg lalu, masuk ke Kampung Pasir Jering. klau ikotkan , dorang nak muntah trima mknan. kami kat sini kebulur.. klau yg jenis sumbangan dri pihak2 tertentu, mereka antar ke rumah ketua kampung, tapi bila pegi mntak, 2minit dh habis katanya. tak tahu mna hilang barang2 tu." 

Sebak dengar makcik tu critaa. susah sgt hidup merekaa. Takde sapa pandang. Masa memula kami smpai tu, ayah panggil budak2, sruh dtg ambik mknan, kami xbwak nasi bungkus, cuma mknan biasa2, ckop untuk alas perut. :') InsyaAllah, ada rezki esok kami smpai lagi skali ke Kelantan. Baiklah, petak yg kaler puprle pulak, tempat sorang kanak2 1tahun 8bulan, yg lemas dibawa arus dan smpai hari ni tak jumpa. tak tahu ada kat mana sekrang. Berikut cerita :

rumah dlam bulatan merah :)
*gambar dri pages Raja Shamri*

"kat rumah tu, ada 7orang anak dan 1mak. ayah dia takde time tu. keluar kerja. but xtahu kt mna kerjanya. Mak dia ni 'kurang' waras sikit. ada time la dia kurang. :') Anak dia 7org tu , xde yg besar sngat. Masa air tengah deras, mak dia nak selamatkan smua anak2 dia. Then, masa tu kanak2 tu mntak susu badan mak dia. mak dia kata 'mcm mna nk bgi, air tgh laju.' then, mak dia letak anak dia atas bumbung rumah. tak tahu laa dh brpe org kat atas bmbung tu. then, tetiba mak dia nak kena bwk arus, sbb time tu air tgah laju. tp nasib baik mak dia sempat slmatkn diri. tiba2, rumah dia mcm senget, anak dia pon jatuh dri bumbng. and sy tgok rumah tu mmg senget. tumah tu xbesr sgt, size pprt boleh laa. lepas banjir surut, bomba dh siap2 bwak anjing nak cari kanak2 tu, tp xdpat kesan. Sedih sgat.. 

Kuasa Allah SWT lbeh hebat. Allahuakbar. petak yg kaler biru, tempat budak 9 tahun selamatkan diri waktu banjir sedang melanda. saya lupa berapa org yg ada atas pokok tu, waktu air tgh laju, budak tu terus panjat pokok , pokok tu besar laaa jugak. Nak ckapnya kat sini, bijak budak tu sbb nak slmatkn diri, snggup panjat pokok. pkol 3pagi, baru dia turun, itupun bot yg dtang ambik. Kesian sangat.. Makcik tu crita, masa banjir besar tu, cacing keluar dripd tanah. masa banjir tu jugak, air dari semua arah mcm bertembung antara satu sama lain. Memang derass. Bot yg nak selamatkan mangsa2, terapung atas bumbung rumah. Ya Allah. xleh imagine mcm mnaa. :( Mkcik tu kata, mula2 nak selamatkan anak2 dulu, then moto. tpi bila banjir dh besar mcm tu, kita dh xfikir harta benda, yg kita fikir hanyalah nyawa.. harta kita boleh cari. Kata makcik tu jugak, dia cuma nak sebidang tikar je, untuk alaskan punggung. malam2 sejuk sngat dgn lantai yg cuma bersimen.

Lepas solat jumaat, kami bergerak ke Tanjung Kala. Otw ke Tanjung Kala, jumpa la sorang pakcik tu, tanya laa dia, mcm mna banjir hari tu. then dia pon crita laa "air naik smpai kat bumbung. Tapi kuasa Allah, air xderas. Tenang je air. sbb tu area sini rumah mcm xkena banjir." memandangkn dia duk atas moto, tnya laa pakcik tu dri mna. then dia kata "dari kedai. klua cri mknan. kt sini xsmpai bntuan mknan." tgok dlam raga pakcik tu, cuma maggi kari 1paket. paket bro, bukan 1plastik. Masa tu, bg je mknan yg kami bwak. actually, mknan tu cuma alas perut jee. yg rezki lbeh boleh bg nasi bungkus kan ? then, otw ke Tanjung Kala jugak, lepas jumpa jambatan, ada sebuah rumah 2tingkat, time tu, isteri dia sedang cuci rumah, suami dia jaga anak dia, lingkungan 2tahun kot. sedih tgok. Rumah dia, dh takde apaa. Pintu, tingkp. dinding pon ada yg tercabut. Ayah berhenti kreta kt situ, tanya diaa "mcm mna banjir." ..ni suami dia yg ckap, tpi suara suami dia mcm sebak. dia kata "banjir mmg besar. skrg dh xde apa dh." sy bagi mkanan tu dkt diaa. dia ckp trima kasih. sdeh la, sbb bantuan2 xsmpai dkat diaa. saya harap dgn bantuan kami, dpat laa sikit2 kurangkan laparr. pegi dpan sikit, nampak sorang akak (dlam 30-an) tengah sidai kain, then ayah panggil dia "kak, meh ambik mknan sikit." then tnya dia, anak brapa. katanya 6 org. rumah dia pon dinding tercabut, rumah papan biasaa.

Otw nak klua Kuala Krai tu, kami guna jalan ke Kg. Pasir Jering. then, terjumpa satu rumah 2tingkat, tgok, adik-bradik dia, smua kecik2 ,duk kat tangga rumah. tak pakai baju, cuma pkai sluar. rumah dia dh takde apa jga, pintu, tingkap. smua tercabut. masa tu , sy tertanya2 "mana pegi mak dia?" .then pndang belah kiri, tgok mak dia duk basuh baju tepi sungai. Sebak hati tgok. nak bgi mknan, tp belah kami dh habis sbb dh bgi kat org sblum ni. Sedih tgok. Muka mcm laparr. nmpak mereka mcm xbergembira. smua diam jee. Masa nak kluar simpang tu, dgar org jerit "nak bantuan. lapar ni" bila pndang depan, patut laa. ada satu hillux tgah agihkan bantuan. Syukur Alhamdulillah. tapi, ada sorang kakak tu kata, 'kami xpegi sana sbb bru je smpai, bantuan dh hbis. nk g dgn moto, moto xde." :') Bertahanlah wahai hati. ada sorang mkcik tu kata, wlaupon pkaian dh takde, tp bantuan dripd mereka, lbeh baik dripd pakaian yg kami hilang.

Sepnjang perjalanan tu, sepanjang pinggir sungai, penuh mak2 tengah basuh baju. :( Air kat rumah takde. cuma harapkan air sungai jee. :'( Masa brhenti kat satu rumah tu, kami duk bgi mknan tu, smpai org rumah lain dtg kt kereta kami. Nak mknan.. :( Pendek kata, orang2 area situ, nampak je kreta lalu, terus pandng, kut2 ada yg nak hulurkan bantuan. Sedih. tpi, kami rezeki tak bnyak. cuma ni je yg mampu bagi.. So, saya harap, sukarelawan2 yg konvoi or persendirian, masuk la area pedalaman, yg mna perlukan bantuan, kita bagi. tak kira estate yg tanggung or not. banyak rumah area situ dh xde apa2, yg ada cuma nyawa. rumah dh dibwa aruss. Tapi, syukur sangat2 sbb rmai sukarelawan masuk ke Kelantan untuk mmberi bantuan. Allah nak tgok sejauh mana kita tlong saudara2 kita waktu kesusahan.. Okey la, InsyaAllah sambng lagi next time.. Assalamualaikum :') Bertabahlah mangsa2 banjir di Kelantan. InsyaAllah, Allah akan gantikan kesedihanmu dengan suatu yg menggembirakan. Allah SWT Maha Adil..


ni laa masjid yg crita kat atas tu. Gambar ni sy copy dri pages Raja Shamri. 


5 comments:

  1. Ya Allah dlm time2 mcm ni ade gak yg mengelat. Kesiannye. Macam ad penindasan je di situ. Nth la. Tuhan sje yg tahu hati-hati manusia ni. Papaglamz singgah dan follow blog ni..
    www.papaglamz.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer. itulaa. memang sedih kalau kita tgok sndiri tmpat tu. Tmbah2 bila mangsa sndiri yg crita. maybe sbb rmah mereka berteres dan ok, tu xde sapa yg singgah. :') Moga mereka dlam lindunganNya

      Delete
  2. Replies
    1. InsyaAllah, Aamiin. :') Hanya doa yg mampu kita kirimkan dari jauh.

      Delete
  3. Semoga merka semua tabh. Macam mana la kan yg tgk2 rumah xde.. x dpt papaglamz bayang kn.

    ReplyDelete