Followers

Wednesday, May 4, 2016

Aku Hanyalah Pembawa.

AKU HANYALAH PEMBAWA. kecik comel je tajuk entry malam ni.. hehehe :') Dh lama sangat2 tinggalkan blog ni. kalau ikutkan hati , terlalu banyak benda yang nk dikongsi, tetapi kekangan masaa. InsyaAllah , jarang2 sekali aku akan update cerita. dan hari ini merupakan hari pendaftaran kemasukan ke Tingkatan 6 dan aku dgn rasminya mnjadi pelajar pra-U di SMK TENGKU MAHMUD. Alhamdulillah. moga Allah permudahkan urusanku jua teman2ku.

okay, baiklah. kembali ke tajuk utama. Beberapa minggu yg lepas, aku telah disahkan oleh doktor di sebuah klinik di daerah ini bhwa ak merupakan pembawa Talasemia jenis Alpha. Perasaan tu tak boleh nk describe. sebab doktor kata , aku hanya pembawa dan kehidupan aku sama mcm orang lain. cuma, tahap IQ aku sedikit rendah brbnding mereka. :') Aku tersenyum tatkala doktor mengesahkan keadaanku. aku tidaklah terkejut kerana sebelum ni aku telah menjalani beberapa ujian saringan talasemia termasuklah DNA Analysis. sebelum aku dapat tau yg aku ni pembawa , aku memang acap kali mengalami anemia di mana hemoglobin aku berada di tahap yang sederhana , antara 6-8g/dl. jadi , sebulan sekali aku akan ke klinik untuk mendapatkan rawatan. sebelum menduduki peperiksaan SPM tahun lepas, aku telah melakukan DNA Analaysis , namun keputusannya belum aku terima hingga ke hari ini.

Aku juga dikhabarkan oleh doktor yg merawatku bahawa darah yg dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ) bg ujian DNA Analysis pada awal November tahun lalu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur(HKL) keranaa mngalami sedikit masalah. Namun, setelah doktor menelefon pihak HKL untk bertanya tntang keputusan DNA aku , pihak mereka mengatakan darah yang dihantar tu tidak dijumpai. Jadi , aku sedikit hampaa dan tugas doktor terjejas. aku akan kongsikan sedikit kisah2 sebelum aku disahkan pembawa talasemia Alpha.

Pada Februari 2016 , aku melakukan ujian darah untuk memeriksa kandungan hemoglobin , dan keputusannya adlah 9.7g/dl. Memandangkan result DNA Analaysis belum diterima oleh doktor, jadi doktor sarankan aku untuk melakukan 3ujian untuk mengesahkan kes ini, iaitu urine test, ujian najis, dan 2ujian darah. sebulan selepas itu , result daripada ketiga2 ujian itu menunjukkan negatif bagi urine test dan positif (+) bagi ujian najis. ujian ini untuk mengesahkan sama ada aku kehilangan darah melalui pembuangan air besar atau sebaliknya. Memandangkan jgak result tu positif, doktor sarankan aku melakukan ujian tersebut untuk kali kedua. mungkin effect makan iron tablets .Ujian kedua, result negative (-) kot. sebab doktor takde explain papee.

APRIL 2016, Sebelum doktor memberitahu tentang keadaan sebenar aku , doktor terlebih dahulu mmberi izin untuk ibuku masuk ke bilik tersebut. dengan rendah hati doktor mmberitahu, "Jadi, keseluruhan ujian2 yg kita lakukan, dapatlah sy simpulkan bahawa awak sebenarnya pembawa talasemia jenis Alpha. namun, awk boleh meneruskan kehidupan awk seperti mereka yg normal." Aku tidak memandang wajah ibuku yg berdiri di sebelah doktor. Aku tahu , hati ibu yang manaa tidak sebak melihat anaknya yang sedang membesar mengalami masalah kesihatan. Lalu, ibu bertanyakn soalan kpd doktor, "Penyakit ni memang kekal ke ? Tiada rawatan?" Waktu tu , air mata ibu jatuh berderai . doktor cuba menenangkan ibu dgn berkata "Tidak. prkara ini bkan salah ibu bapa. sbab dulu2, memang kami tak buat ujian talasemia bg mreka yg nk brkahwin. jdi, mungkin puan tak tau. saya pn xtahu sama ada ibu atau ayahnya yg mempunyai traits tersebut. dan, YA. memang penyakit ini kekal ke akhir hayat."

Aku tunduk membisu ketikaa doktor berbicara. sebulan sebelum tu, doktor ada menelfon doktor pakar di sebuah hospital untuk bertanyakan pendapat tntg penyakitku mmandangkan result DNA Analysis belum dikeluarkan. Doktor pakar tersebut menyarankan agar doktor yg merawat aku mmberi kaunseling. selepas tamat prbualan mereka, maka bermulalah sesi kaunseling antara kami berdua. doktor memberitahu bahawa sekiranya aku ingin berkahwin , aku digalakkan untuk berkahwin dengan lelaki normal. bukan pembawa / penghidap. sekiranya ak berkahwin dgn pembawa/penghidap , risiko untuk anak2 mendapat talasemia major atau talasemia minor adalah tinggi. jadi, aku disarankan agar mengingatkn pasangan untuk melakukan ujian saringan talasemia. InsyaAllah Allah permudahkan segala2nyaa.

Selepas disahkan pembawa , doktor pun dh suggest dekat aku , kalau nak stop makan ubat, dah boleh stop. dengan syarat banyakkan memakan makanan yg tinggi zat besi .ulang taip, MAKANAN YANG MENGANDUNGI TINGGI ZAT BESI. Jadi , dngan bahagianya aku melangkah keluar bilik doktor sebab tak perlu dah nak telan ubat bagai. Syafakillah buat diri sendiri. Semoga Allah beri kekuatan yg cukup kuat untuk aku meneruskan hari2 yang mendatang. InsyaAllah. Aamiin. :)