Followers

Tuesday, June 7, 2016

Gagal.

Assalamualaikum. setelah sekian lamanyaa aku meninggalkan blog ini, tetiba hari ni kempunan nak hapdet blog. okay, taknak merapu panjang. sebab hati aku tetiba terdetik nak share psal ni especially buat adik2 yang bakal menghadapi SPM akan datang. Kali ni aku terasa kegagalan sebenar dalam hidup. ya. aku akui, sebelum ni aku slalu dgr pnceramah slalu sentuh bab kegagalan. dan bagi aku, kegagalan itu bilaa result ko ada G , maka dianggap gagal. tapi, tidak bagi akuu. G padaa result bkan brmkna kita akan gagal.

Bulan Mac 2016 , result SPM keluar. bayangkan , sebelum aku pergi sekolah utk ambik result, ayah seolah2 memberi aku 1000 harapan. seolah2, aku ialah harapan terakhir dlam keluarga kami. ayah kata "rasa2 dpat brpe A? 6A takpe doh." aku senyum. sbb ak xtau dpat brpaa. sblum gi skolah , ak check result guna SMS. result SPM MasyaAllah, hanya Tuhan yang tahu. Aku tidak salahkan takdir. Hati aku seolah2 jatuh berderai. semangat aku seolah2 luntur. ibu dan ayah menaruh harapan buat aku. ya. dlam family ak , bagi exam PMR dn UPSR , aku paling atas. dan SPM , aku paling bawah. Ye. aku terasa kegagalan yg sbenar2nyaa dalam hidup. 9 subjek yang aku ambil, ada yang okay dan ada yg biasa2 jee. serious talk ,aku malu nk bgtau ayah psal result aku. seolah2 aku menghampakan ibu dn ayah. entah. lepas ak dh reda semua, aku kol ayah, "ayah. Kak Irah dpat 2A- jee." bila sebut 2A-, sebak dia lain macam jee. bayangkan beb. sikit sangatt. masa tu ak xtahan sedih. dengar suara ayah. aku tahu , ayah kecewa. maafkan aku .suara ayah cukup reda time tu. and ayh ckap "oh. takpe la tu. malam ni kita klua mkan ye." aku terdiam sambil brkata dlam hati, "ayah. kak irah cuma dpat 2A- je. kenapa ayh nk blanja kak Irah makan ? pdhal kak irah kcewakan ayah." air mata mengalir di pipi. ayah cuba kmbalikan smngat aku.

sebelum dan semasa SPM, ayah lah yang sanggup bangun malam solat sunat untuk aku. sdgkan aku ? ralit dibuai mimpi. ayah tidak kejutkan aku. mungkin ayah tahu aku lelah. jarang2 skali ayh aku akan kejutkn ak skali utk solat sunat , tapi aku tak sedar :') pernah ayh bersuara "kak irah jwab molek deh. sian ke ayh smyang" aku cuma tersenyum. aku mngkin tak mengerti maksud ayh :) bayangkan , dlam adik-beradik aku, ibu dn ayah bnyk mmberi kpd aku. hujung tahun 2014 , mak dftarkan aku utk kelas tuisyen intensif di mana bayarannya RM 450.00.. beb , bagi aku tu nilai yg sangat besar. RM 450 utk bulan 11 dn 12. mak kata , supaya bila masuk Form 5 nanti , senang nak recover balik sbb dh faham. masa tu aku tak sedar pn psal nilai tu. kakak2 dn abg aku xpnah dpat tuisyen mahal mcm tu. kalau dema nak pn , mcm susah nak dpat. masuk Form 5 , ayah dn mak dftarkan aku Kelas Tuisyen Tutorial di mana bayarannya RM 120/bulan. aku masuk tuisyen smpai bulan 10. RM 120 x 10 = RM 1200. :') dan hasilnya sangat menduka citakan. maafkan saya ,mak ..ayah..

Lepas dpat result SPM , baru aku sedar yg mak dn ayah bnyak support aku. kemana aku pergi , dia izinkan. apa aku mahu, dia berikan :') aku mnyesal. Sekolah ak jauh dari rumah. Minyak kereta RM 30 pergi dan balik. aku xstay asrama. time spm , kelas tmbhan kt skolah smpai 7 malam. kadang mak or ayah akn dtang ambil. aku kacau waktu solat mreka. Ya Allah :( Masa exam Bio, ak cadang nk g blaja kt rmah Cikgu Ros, 20 minit dri rumah. lepas Isya, mak offer untuk hntar. pukul 11 malam, mak dtg ambil aku. aku kacau waktu tidur mak. Astaghfirullah.

Semakan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM 16/17.. aku masukkan i/c. aku GAGAL ditempatkan mana2 matrik KPM. aku terasa kegagalan lagi skali. kakak2 ak yg SPM batch 95&96 dpat matrik. dema xmsuk tuisyen masa SPM, time tu mak ayah tak banyak duit. tapi mreka sedikit sbnyk bhgiakan prent. Bila tau xdpat matrik, hati aku sebak. aku sekali lagi mngecewakan mak dn ayah.. rasa mcm dah tak sanggup nak tgok muka demaa. rasa xsnggup nk dgr suara dema. silap besar dalam hidup aku :( sblum result matrik, ayah slalu kata "agak2 dpat matrik mane ? kalu dpat jauh , penat ayh nk kena hntr.*smbil senyum* " ak tahu ayh teringin nk hntr ak blaja jauh2. maafkan saya. :( harapan mreka terkubur layu.. lepas dpat tau MATRIK gagal, terus aku buat rayuan. Takpela, mngkin rezki ak kat tempat lain kan ? :')

Semakan UPU ; 16.05.16... mula2 aku nk check guna web , tapi line busy sgt time tu. Then , aku check guna SMS. setengah jam kemudian....GAGAL. okay, kali ni aku tak tahan sedih. kegagalan yg terpaksa aku hadap lagi sekali. :') 12 pilihan , satu pun aku tak dapat. pasal beli no pin matrik and upu, malas nak sebut sbb mmg dh sah2 guna duit mak ayah. aku menangis sendiri lepas dapat tahu satu per satu gagal. seolah2 semuanya berakhir. kakak2 ak dpat upu sblum ni. aku sedih. Allah pilih aku untuk merasakan semua ni. masa hari kuar UPU tu , ayah pegi keja and mak tgh masak. ak kt dlam bilik, layan perasaan. sedih tak terungkap. serious rasa xmboh dgr suara mreka. rasa bersalah sangat sbb xmnjadi anak yg trbaik buat mreka. lepas ayh balik keja, ayh tnya dgn muka tersenyum"dpat u mane?" dan ak cuma jwab "xdpat mana2 ayh." aku diam. Hati. tahan air mata daripada menitis di pipiku ini. Allah. kuatkan aku untuk kali ni Ya Allah.sebelum ni ayh slalu kata , "dapat uitm pn takpe dh."

Sekarang , aku tekad untuk bermula dpd bawah. aku belajar di Tingkatan 6 bawah .. semangat baru untuk diri yg pernah merasakan pahitnya kegagalan. peritnya kebodohan yg aku tanggung sblum ni. biarlah apa org nak kata pasal Form 6 , ak tetap dgn pendirian aku. Ya, mngkin org kata "ee. form 6, kena skolah balik. kena ikut program bdak skolah." okay, takpelah. InsyaAllah dgn STPM , ak akan tebus balik kegagalan aku tempoh hari :') lagipun memang sblum ni dah set in mind , memang nak sambung f6 je. sebab ayh n mak pn duit tak banyak. cukup2 utk tampung prbelnjaan prsekolahan kami. klau ak masuk U pn , beribu2 dikeluarkan hanyalah mainan. jadi , ak xnak dema kluarkan duit bnyak2 lagi. biarlah aku habiskan tingkatan 6 ni.. InsyaAllah Allah permudahkan. aku tekad utk blaja brsungguh2. aku nak sangat dpat bagi kejayaan buat ayh dn mak sbelum mereka tiada. aku xmboh susahkan mreka lagi. mengikut perancangan aku , lepas STPM , aku nak keja. nak kumpul duit utk smbung degree. wlaupun xmmpu nk byr semua utk pndftaran, biarlah sedikit sbnyak hasil titik peluh aku. Lepas SPM hri tu , aku kerja as a babysitter kat sini. dgn gaji RM 400-RM 500/bulan cuma cukup2 makan je :') so, target ak lepas ni aku nak keja before smbung degree. di samping tu , saya nak belajar agama, bekal utk akhirat. kalau boleh , saya nak jadi pendakwah yg berdakwah ikut cara Nabi. :) nak pupuk keluarga islam. mngkin sy xdpat bagi apa2 kejayaan akademik kpd org tua sy, tapi sy nak sy jadi anak yg solehah buat mereka.

blogger2, adik2, doakan kejayaan saya yee di dunia wa akhirat . kalau saya diberi peluang utk bercerita di hdpan junior2, saya akn kongsikan pnglman ni kpd smuaa. sy xmahu anda semua kecewakan ibu bapa korang sperti mana yg trjdi pada diri sy sndiri. saya menyesal. tapi, saya dh xboleh buat pape. life must go on . benarlah , kegagalan merupakan titik prmulaan menuju kejayaan. InsyaAllah. Moga Allah permudahkan. saya harap dgn STPM saya mampu mmbuka langkah baru. Aamiin Ya Allah.