Followers

Monday, July 29, 2013

First Appoiment

Fuh Fuh fuhh ! Mesti mulut korang muncung en . Lawak k lawak :P Okey , hri ni 29/7/2013. Awak tahu tak hari ni hari apa? Hari ni hari Isnin ! Maknanya, saya dah ckup sebulan keluar wad.. Yeayyy ! Ops, sorry . Xmau over sgat . Aku xsuka perli orang . ^_^ Hri ni, first appoiment aku ngan Dr. Fatimah. Cuak aih. I'll story what happen today, ok ? So, korang kena baca smpai habis . WAJIB tau . JustJoke#

Hari ni aku bangun mcam biasa la kan, pukul 6 pagi . Pastu , siapkan diri semua. area pukul 8.00 am, off to Hospital Besut. Wat cool suda. Smpai dkat hospital, aku and mak pi register and akak tu sruh prgi bilik no.3 untuk amik darah . So, sblum ambil darah. kena tunggu giliran dulu en. Kelip kelip mata duk tgok org lain . mcam2 penyakit bole nmpak. Haisy, penyakit2. Eh eh, over suda o.O Smpai la turn aku untuk amik darah. masuk bilik no.3 and amik darah pastu bawak pergi bilik no.9 (makmal) untuk tau result darah .

Lama tu mmg lama la kan . Dalam pukul 10.30, no.giliran aku 1027 bru terpapar di kaunter saringan. So, aku pi kaunter saringan dulu. untuk check degupan jantung, nadi dn sbgainya :D Pastu, nurse tu tnya aku "adik masuk wad ke sebelum ni ?" aku just anggukkan kepala la. da bnda btol an. Hewhew. Then dye ckap dkat aku "Dik, adik kena tunggu lama sikit la sblum jumpa doktor. sbb nak amik maklumat2 psal penyakit adik dkat wad. sbb adik dari wad kan . so, kertas2 n fail2 ada dalam wad 7." Aku pon ckap OKAY :) . Hehe, nbor waktu tu 1025. Aku mati2 igt xlama da nbor aku . tut tut* dye langkau pi nbor 1029. Means, aku lmbait lgi lha . K, sabo :( Haha

Area pukul 11 am, kluarlah dkat screen 1027 bilik 6. Aku and mak aku pon pi bilik no 6 . Lepastu doktor pon ckap "Darah adik dah comel ni, 11.3L . Hari adik kluar wad, darah adk 9 je" Aku senyum2 je . Hikhik, da xtaw nak reply apa . Pastu, doktor amik satu kertas tu pasal Zat Besi . Doktor pon kata "Adik kurang darah sbb kurangnya zat besi . Tgok ni, zat besi yg normal 10.3, tapi adik 2.3" Fuh , brapa kali ganda oooo . Aku senyum jelah. Sejurjurnya, mmg aku xbrape nak mkan sayuq2. Mmg terkejut la bila zat besi rndah. Dah kurang sgat en . Maybe darah aku comel sbb mkan ubat tambah darah . Kalau tak, mmg tak comel la. Haha xD

Pastu, doktor amik lgi satu paper yg pasai apa ntah . Protein kot . Doktor tnya and ckap dkat aku "Adik tak makan daging ke ? Sbb *protein* adik kurang . Yang normal 11, tp adik 3 je." Okey , aku mampu senyum je . Hoho , Alhamdulillah , ubat untuk kali ni kuantiti yg sedikit . Syukur sgat2. aku xlarat dh nak makan . Yg hri tu pon xhabis lgi . Banyak pulak tu . Membazir sgt :'( Next appoiment 26/8/2013. Untuk second appoiment , doktor suh amik darah untuk Blood Full Picture. Huh ! Darah lagikk . Dan untuk second time tu , bru doktor akan sahih punca anemia dalam diri aku, InsyaAllah . And , tuk blogger2 sekalian, mohon comment bgi yg tahu makanan yg boleh menmbahkan zat besi . Harap sgat ye :) Okey , byebye alls. Thanks for reading my story.

Wednesday, July 24, 2013

Anemia !

Maybe ramai blogger2 xtaw dan xberapa nak taw pasal anemia. Am I right ? Sebab anemia tak famous mcm talesmia, leukimia and segala jenis ...mia.. Hewhew Before that, aku nak bgtau hri ni PRK Dun Kuala Besut. Hihi , I know la ada yang tau . hoho Rasa mcm dup dap dup dap nak taw result mlam ni . Hijau okey menang . *sorry , xckop umo lgi* :p Ayah aku jdi pegawai PRK K.Besut. my dad jaga peti undi dkat pusat mengundi skola Nail. and abg aku lak duk kat Pencawang Bahagian .xmau blackout -.- ntah pape, hehe . Okey , berbalik pada citer aku , 25/6 aku masuk wad and doctor gtaw aku ada anemia.

Ye , ada yng tau dan ada yang xtau . Tpi , aku akan bgtau supaya kome suma taw  .bereh? Anemia atau kurang darah merah di mana jumlah sel darah merah / hemoglobin berada di bawah normal. Sel darah merah (hemoglobin) bereperanan mengangkut oksigen dari paru2 dan menghantarnya ke seluruh anggota badan . :) Sekarang , kome da tau en definisi ANEMIA. kalau nak detail lgi tnya MR GOOGLE . So , lepas aku keluar wad (29/6), nurse tinggalkan aku 5 jenis ubat . Dalam 1 hari, aku kena makan 9-12 biji . Sedih :'( Haha , aku mana suka mkan ubat . Bau ubat pon xley bla. Tdi mkan ubat pun rasa nak muntah . kira-kira 19 hari aku xmkan ubat yg nurse bgi. so , tdi aku mkan la 9 biji. 29/7 appoiment ng doctor. cmne la result .. Hmm, Okay , kat bawah aku bgi list symptom2 anemia :

  • kelopok mata pucat
  • sering kelelahan
  • hujung jari pucat
  • denyut jantung tidak teratur
  1. >10 (normal)
  2. 9-8.9(sederhana)
  3. 7-6.9 (teruk)
  4. <5.9(sangat teruk)
Hari aku masuk wad, darah merah aku 5.9 . So , masukkan darah 2 beg.. Banyakk :'( So, semua simptom2 kat atas ada dengan aku waktu aku sakit hari tu. Semua kata baru nampak muka aku yang sebenar pd hri ke3 dlam wad . awal2 dlam wad, depa kata pucat gila muka aku. hmm . Anemia berpunca daripada kekurangan zat besi, kekurangan vitamin, keluar darah haid secara mendadak dll. 

Aku berpunca dripda kekurangan zat besi . Well, aku xmakan sayur. hihi not my taste lo . We're difference okey . But , aku nasihatkan kt kome semua, makanlah sayur. buatlah ulam sekalipon , janji makan sayur . cayalah ! sayur buat kita sihat . Hewhew~ K la, bybye. Cena la aku nak habiskan ubat sebelum jumpa doktor 29hb nnti . Doakan untuk aku ye . ;)

Wednesday, July 17, 2013

Mencari Kekuatan ..

Bukan mudah untuk mencari kekuatan dalam diri sendiri . Di saat kita jatuh , bukan mudah untuk terus bangkit . Di saat kita gagal , bukan mudah untuk mencari kekuatan kembali . Namun , semangat untuk terus kehadapan membangkitkan aku dari lena ! Yeahh , aku berhak untuk berjaya . Tapi ? What should I do ? Smakin dkat nak exam PMR , smakin stress . Hmm :'( What's meaning all of this ? I can't be a strong girl .

Di saat kekuatan ingin pergi dalam diri ini , aku cuba bayangkan wajah kedua2 ibu bapaku . Iya ! Orang yang menjaga dn mendidik aku dri kecil smpai sekarang . Maka , disitulah diri aku ingin bangun dan bersemangat untuk hadapi semuanya . Yeahh , rupa2nya , kekuatan diri aku sedikit sebanyak ada pada wajah ibu bapaku . Ayah dan mak mengeluarkan wang untuk aku semata2 ingin melihat anaknya berjaya . Tetapi , mampukah aku berjaya ? INSYAALLAH, i will success in my life . Semalam , penceramah dari Gabungan Persekutuan Sekolah Semenanjung (GPMS) datang dkat skolah . He said "cuba bayangkan wajah kedua2 ibu bapa adik2. Adik2 nak ke jadi anak yg merugikan mereka ? Dengan wang , dia bagi adik2 untuk blaja . Fikir2kanlah . mana pilihan adik2. Ingin menjadi anak yang berguna atau anak yg merugikan?"

Kata-kata penceramah tdi membuatkan aku rasa bersemangat . Aku ingin mnjadi anak yang berguna . Now , bila semangat untuk belajar hilang , aku bayangkan wajah tenang ibu dan ayah yang sedang bekerja . Betapa susahnya mencari wang untuk anak2 . Namun , di sebalik ketenangan ibu dan ayah , di situlah terselit keresahan . Ye , aku cuba untuk memahami . Tapi , aku xmampu :'( Aku hanya ingin mencari kekuatan untuk diri aku . Secara jujurnya , ibu dan ayah pernah marah aku . tpi , itu tidak bermakna diri aku berhenti disitu . Aku bangun , aku cari kekuatan aku . aku fikir positif . Ye , Mak dan ayah sayang aku ! Sayang sangat taw ! Tapi , kenapa dia marah aku ? Well , mereka ingin aku bangkit dan terus bangkit . sepertimana Tun Abdul Rahman berusaha untuk mencapai kemerdekaan .

Aku masih ingat , sewaktu aku berada di klinik pd 25/6 sebelum dimasukkan ke dalam wad . dan disahkan ada penyakit _____. Ayah lah orang pertama yang risaukan aku waktu tu . Ayah tanya doktor "penyakit tu boleh sembuh tak?" wajah resah ayah terserlah . Hati aku rasa hiba . Lalu , aku mencari kekuatan untuk diri aku . Aku cuba kuat ! Di saat itulah , aku sedar mak dan ayah sayangkan aku . Walaupun marah , namun tak bermakna dia benci aku . Yeahh ! Aku mampu untuk berjaya . I'm promise , mom and dad ! :') Terima kasih kerana disebalik ketenangan wajah mak dan ayah , memberikan aku sebuah kekuatan ! Straight A PMR , InsyaAllah . Aminn


Friday, July 5, 2013

Ward : 5Days 4Night (II)

Assalamualaikum dan good evening ! :)

Dingin rasa petang ni.. Cuaca pun mendung saja.. After hbis stadi , aku amik laptop and amik masa untuk update ini blog.. Rasa mcm tempat luahan aku pon ade :) Nevermind kayh? Aku mlas nk ulas pnjg2 en. Terus ke topik aku.. Hikhik untuk korang yg dh baca entry aku sblum ni , ofcoz korang tau kan apa masalah aku . hewhew untk kwn2 yg terlepas baca tu , korang leh KLIK SINI .Bru korang paham k xD Tak lama own . Just take five.

K , Area pukol 3 ptg aku pi masuk dlma Wad 7 (khas perempuan > 12 thn) . Aku n parents pergi dkat nurse . Nak check in la kononnya . Then , sorang nurse bawak aku masuk dalam 1bilik yg ada 7 katil je . So , aku stay bed nombor 24. I'm proud bcoz bed aku dkat dgn tandas n bilik solat. Pastu , aku pon duduk atas katil while parents aku duk borak2 dgn patient katil depan . :) First day dalam wad, okey je . Tak da apa yg sakit . Jarum or anything else ? Memang tak da. Just dye check oksigen , degupan jantung and nadi. Disbbkan aku pon xberapa nak shat sgt time tu , dgan muka pucatnya . dh mcm mayat hidup :O .Oksigen alhamdulillah okey time tu . Dgupan jantung aku waktu tu agak teruk. Laju sgt dy berdegup smpai2 nurse tnya aku "adk brdebar ke?" aku pon ckap "xde lah. Ok je" xD And nadi aku pon brgerak laju . Normal bgi umo aku ialah 70-80.. tp aku 120 time tu . About suhu badan untuk first day, hmm 39.5 C.. Demam panas . Untuk hari tu , ubat , jarum, air , darah dan sebagainya tadak diberi kat aku . Best ! Ni bru betul hospital. hikhok 

first day masuk wad. Boley la mkan ayam panggang ! :P

Next day (26/6/13) area pukul 10 pg. sorang nurse datang dkat aku. dye mai amik darah . Selang 15 minit, sorang doktor dtg dkt aku . Dye mai amik darah . Punyalah sakit . Asyik amik darah je :'( Nurse amik darah untuk tau jenis darah aku . Doktor amik drah untuk check sama ada ada kuman / tak dlm darah aku . Alhamdulillah xda kuman :) Okay , pkul 12.15 noon, sorang nurse and sorang doktor datang dkat aku sambil bawak 1 peti yg dlamnya ada 1beg darah . Wow ! Takotnya . :3 Masa tu , jarum mulalah disuntik kat tangan . And darah jenis A mulalah dimasukkan ke dlam wayar kt tangan aku . "Takpe Amirah . Sakit untuk kali ni je k sayang . Bertahan mirah ! Aku kena kuat ! " bisik hatiku dalam diam . Sakit sgat time tu . Tp , sakit tu hilang selang bberapa minit shja. Tidoq bangun tidoq bangun , xhabis2 lagi darah 1 beg . Sampailah jam 7.45 pm, brulah habis ke titisan darah yg terakhir . Terasa lega sedikit . Nurse dtang and buang wayar di tangan . T/hari pd hri tu , doktor datang check tekak aku , and she said "tonsil adik mcm nak bernanah. Esok boleh la makn ais krim or jelly k?" aku just mengangguk2kan kepala tanda faham . Malam tu , startlah masukkan ubat antibiotik melalui jarum . And nurse pon dh mula dtg dkat aku bgi ubat demam and mcm2 lah . Suhu badan semakin berkurang . Nadi masih bergerak laju . Saba je lha :'(

First bag . Tangan kanan :)

Third day (27/6/2013) Pagi2 buta lagi ,pukul 5.30 am, sorang nurse datang dkat aku . Dye kejutkan  aku "dik, dik.. Akak nak amik darah sikit ni. Kejap ea" aku menghulurkan tangan kanan . Then , aku sambung tidoq balik. Hehe Dalam pkol 8, sorang nurse datang dkat aku nak masukkan ubat antibiotik . Then, dye kata dkat mak aku "rasanya adik ni kena masukkan darah 1beg lgi. Dgar2 centu la. Kena tnggu doktor dlu. Klau xsalah adk ni dh . coz 2 orang pnyakit anemia" Ok , aku gelisah time tu . "Banyak sgt ke darah yg xckup ? Knp mcm ni?" aku termenung mcm nak xnak je :) Sabar Mirah. keep smiling dears :* Dalam pkol 10 am, nurse yg pgi td dtg dkat aku. dy nak amik darah lgi skali . dy ckap "Darah pgi tdi beku dik." Aku senyum lebar . dah biasa dgn amik darah. So, xsakit sgat . Pukul 12.30 at noon , sorang nurse and 2 org doktor dtg dkat aku smbil bwk peti yg dlam tu ada 1beg darah . 'Fuh ! Darah lagi' Bertahan sayang. :) Waktu tu , kawan2 ayah datang melawat aku . Terharu ok. Haha at de same time , darah mcm nak xnak je mengalir masuk dlam wayar . Pastu nurse dtang bwak 1 jarum yg saiznya lbih bsar sedikit dri yg aku pakai waktu tu . sorang nurse dtg dkat aku n cabut jarum yg aku pakai, and suntik jarum baru . Sakitttttt ! Tp , jarum baru disuntik di bhg. pergelangan tgn kiri. lenguh and mcm2. After hbis darah beg ke2, air dimasukkan plk ke dalam wayar . Semua skali 6 botol . Sakit tak sakit, sabaq je la . :) Kena kuat . Hewhew~  


second bag . Jarum belah kiri.

4th and 5th day maybe xdak cerita sgat . Cuma suhu badan aku naik turun naik turun. Alhamdulillah hari ke5, suhu badan aku dah normal 36.5 C. So , doctor bg chance aku balik hari sabtu . Yeahhh ! Begitulah cerita seorang hamba Allah yang menghidap penyakit ANEMIA dimana kepekatan darah merah kurang.. Batuk2, pucat2, penat, pitam dan sbgainya terjawab hanya krna sakit perut yang disengajakan tu . 


Tuesday, July 2, 2013

Ward : 5days 4Night

Assalamualaikum dan selamat petang warga blogger ^_^
Senyumanmu , menggodaku . aumm .

Uda lama gue ndak update ini blog . rindu sama kalian :'( 1bulan lebih gue ninggalin blog ini . maap ya teman2 . Hehe "Indon nya uda datangg" Okey , seriously da lama aku xupdate blog . Am i right ? Sorry yea . Pagi ,petang, malam, aku ada extra class. so , ta sempat nk update . bkan tanah blog je aku biarkan , tanah facebook pon aku xhirau . sorry bnyak2 :) So , this time aku take a chance for updating this blog . even my grammar is tunggang langgang , at least i try to be better . Practise make perfect . Right ? 

Okey , berbalik pada tajuk utama buletin harian kitak . 'Ward : 5Days, 4Night' .Bkan ke lama tu bunyinya ? Yea, memang lama tapi best . mcam adventure pon ada . You know? haha okey , ntah pape. :3 Btw, aku just nak bagitau yg aku masuk wad slama 5 hari 4 malam . Lama an ? Sabo aje lha . dah le first time aku masuk wad. sblum ni mmang xpenah masuk wad. tgok org dlam wad penah la . Memang siksa kan sakit ni :'( Aku ok klau sakit , tp tolong jangan bgi aku mkn ubat . Itu je yg aku minta . xbnyak own . Hmm , Tentu korang tertanya2 en , KENAPA AKU MASUK WAD ? AKU SAKIT APA ? 

Al-kisahnya ceni , hari Selasa lepas 25/6 , aku p skolah . so , area pukul 11.05 am aku sakit perot dan batuk2 . Batuk tu maybe dh lama . One week ago. sakit perut maybe xbersahur . cause hri tu aku puasa . budak rajin memang puasa ^^ Then , sakit perut yg sengaja disakitkan tu xdpat ku tahan . So , aku mntak kebenaran nak balik . saja, nak mengada2 . Hikhik , pastu cikgu kol ayah aku suh datang amik aku . Apa lgi , ayah aku yg keja dkat skolah sebelah pon mai amik aku . Ntah knpa hri tu ayah aku caring gila . Hikhik dy pon tnya aku "Pastu , kak Irah nk g klinik tak?" aku pon ckap "ikot laa. boleh gak" time dkat skolah , mmg aku xterfikir pon pasal jarum or anything else . Nak smpai dkat klinik bru terdetik kat hati aku "Eee ! Takutnya jarum . " Tapi , sabo aje la . Hewhew~ 

Smpai kt klinik tnggu dlam 15 minit smpai lha turn aku . Aku masuk dlam bilik tu , ada misi laki tu . dy tnya mcm2 . then dy kata "Dik , nak amik darah sikit boleh ?" Dengan redhanya aku jawab "Boleh je" Masa tu , aku xfikir pasal sakitnya nak amik darah . Smpai masa nak amik darah , tercabut le satu kasut aku . Kemain takot woh . Tp, xde la sakit sgat nak amik darah . Best pulak tu . Haha Kawan2 bole try auw :) Then , ayah aku bawak darah pergi makmal . and result keluar . Pastu , org dekat makmal pon mai skali dtg kt aku . Duk dlam bilik tu , semua suster laki 2 org n pembantu makmal tu termasuklah ayah aku terkejut . Tgok result darah HGB (Hemoglobin) 5.9. Punyalah terkejut dorang . Aku buat muka cool je . sbb aku tataw amende semua tu . Hikhik . Misi laki tdi terus check mata aku . and dy kata "mata adik kuning" misi tu kata lagi "Nak detect penyakit lain , tp terkenanya penyakit lain. Kalau hemoglobin 5.9, kena masuk wad ni" Time tu la bru muka aku berubah . Dari pucat makin pucat . Misi laki tu kata at ayah aku "Kena bawak jumpa doktor . pastu kalau doktor suh masuk wad, kena masuk wad laa . sbb 5.9 ni dh betul2 sikit darah . as usually, mmg org kena masuk wad :) "

Tunggu dalam 20 minit , aku pun masuk jumpa doktor . Still dkat Klinik Kg Raja . At first , dr xperasan yg hemoglobin aku rndah . Ntah mcm mana dy perasan . So , dy pon terkejut gak . And she said "Dtg dgn sape dik ?" Aku pon kata "dengan ayah" and she said again "Panggil ayah adik masuk . Adik kena masuk wad ni" Aku pon terus pnggel ayah kt lua . Ayah pon ckap2 dgn doktor psal penyakit aku. And doktor pon ckap , "Hri ni jgak adk kena masuk wad . darah adik dua kali ganda dri yg normal . Adik tnggu kt lua , biaq sy buat surat untuk ke hospital Besut . Nnti kt sana , adik masuk Wad 7 ek . Nti sy kol nurse dkat sana ." So , aku dgn ayah aku tnggu kt luar . dlam pkul 1.15 aku amik surat yg psal transfer aku ke Hospital Besut . Aku pon p lha . Mmg sedih tak terkata . Well , I tak penah masuk wad dan tak pernah sakit . bgi aku , ini dh cukup kejam tau . Haha 

Next, dalam pukul 2.45 pm aku pergi Hospital Besut . mak n ayah aku ckap2 dulu dgn org dkat Emergency tu . so , dy sruh p Wad 7 . aku pon prgi lah . So , masuk wad 7 dlam pkul 3 ptg . :) Okey lah , next story aku cerita keadaan aku dalam wad okey selama 5hari 4 malam tu . Okey , byebye . Drop your comment here ^_^