Followers

Friday, December 2, 2016

The End of Semester 1

Alhamdulillah segala puji bagi Allah , harini dapat laa jugak mengadap blog yg setelah sekian lama xhadap. Bhahaha~ busy k busy. act , dah lama dh nk updte blog. tp itulah, bila dh b'gelar student , apapun tak jadi. QUIZ and TEST dh jadi makanan harian. huhu buku pula dh jadi dessert buat kami. em , boleh ke cmtu? wateva. pheww~ okay act xnak bebel bnyak2 pon sebab nak cerita pasal Semester 1 aku kat kolej .ha, rasanya aku xbgtau lagi en study kat mana bla bla. well said , i lama gila gila kot tak hapdet blog. huhu fyi , aku blaja kt KPTM Kota Bharu // Dip. In Science UITM ,which totally under uitm ,just menumpang je kt kptm kb. huhu ,uitm takmo aku kot :( Hahaha Nak cakap pasal belajar ni , semua benda susah kan ? am i right ? cerita dia mcm ni , at first aku decide nak sambung form 6 je , dgn masa setahun setengah ,aku boleh sambung degree .maybe bhg pendidikan ke. so , around 1month kot aku blaja f6, then aku tak rasa aku boleh bwak sbjek2 tu eventhought cikgu eko aku kata , as usual budak sains slalunya akn boleh bwak subjek2 ni ( Eko, Geo) ..

Kelas aku time tu 40lbeh .so cikgu xcukup tgn nak handle. kami mcm mogok ah .sebab ramai yg xnak tuka aliran or pegi mana2 ipta. cara kami senang, time cikgu mngajar kt dpan , kami akan main kt blkg. serious. hahahaha .. overall aku boleh ckap , aku tak boleh follow subject eko , PA and BM and also Geografi .. PA tu maybe sbb sejarah siket kot and ak xsuka sgt sejarah. BM plak utk sem1 belajar psal BM KLASIK, lagi aku tak suka. huhuuu. then , ak pon decide nak sambung kt KPTM KB .. time tu aku dapat Kolej Matrikulasi Johor then aku mcm berbelah bagi jgak lah. so , ak pn msuk kptm jee. untuk sem 1 ni , so far aku boleh bwak laa semua sbject .cuma Math133 aku slow siket.

okay , nak cerita pengalaman Semester 1 ni ..bagi aku sangatlah mencabar . dari first day aku jejak kaki kt sana sampai lah aku habes final ..macam2 benda aku lalui dan ALhamdulillah , aku belajar liku2 kehidupan .aku bertemu dgn sebuah kekuatan dn sebuah senyuman. tak semua orang rasa apa yang aku rasaa. act kwan2 lain masuk 30/5 tp aku lewatkan sedikit. means aku msuk 20hb ..okay , first bab cari aku dh boleh handle sebab time f4 aku dh ad pnglman pindah skolah en ..second , warden bg aku satu bilik dgn semua senior .imagine lah sndiri, 5senior and aku sorg je junior. tapi dema sama kos lah dgn aku (sem 3).. memula tu mmang aku tak leh nk adapt la life dgn senior. bnyak bnda aku xleh msuk dgn dorg. but alhamdulillah at the end aku dapat lalui. hehee. dulu mmang aku jarang sgt duk bilik. slalu merempat bilik org. kalau masuk bilik sndiri pon aku akan duk katil aku pastu meja study. tu je tempat aku. hoho.boleh dikatakan tu yang extreme gila ah pnglman dgn senior.. apa yg ak boleh kata , tabahlah hati dan act patut brsyukur duk dgn senior. serious. first , kau akan kenal kwan2 dia. eh tak.kwan2 dia akan kenal kau. ha gitu. hahah second , kau boleh study dgn senior .. ha, banyaklahh kalau kita ambik dri sudut positifnya.heheh

itu yang awal2 ujian yg aku dapat.. hehee. lbeh kurang 3-4 buln jgak aku takde life kat sana.hahaha org lain semua ada roommates. ada tempat gelak tawa. org lain bila msuk bilik gelak. aku msuk bilik, HAMBAR. uhuhu penah satu hari , aku nangis terok sebab roommates. dorg xbuat apa, tp time tu aku tak boleh move on dgn life kt sini. sebab semua yang berlaku di luar jangkaan aku. huhu Tapi sekarang , Alhamdulillah Allah dah gantikan semuaa duka itu dengan sebuah senyuman.

Second ujian yang aku dapat sepanjang semester 1 bila aku kena masuk wad 5hari 4malam sebab demam panas. ceritanya bermula , 17/08/2016-21/08/2016. 3minggu sebelum masuk wad tu aku dah batuk2 teruk dan aku memang dah pegi dpatkn rawatan kat klinik 1Malaysia area kolej ni. and MA tu just bg syrup yg kaler hitam orh. memang 3minggu batuk non-stop lah.. time tu musim aedes. masuk minggu ke-4 tu batuk tak benti jugak. yang pasal batuk tu tak kesah sangat pon. aku start demam petang 16/08. homesick kot ,hahaha sebab dah 2minggu aku tak balik rumah. so aku ws ayah ajak dtg KB .ayah kata mnggu ni (mnggu ak masuk wad) ayh datang. so, aku mcm eksaited ah. xD nak dijadikan cerita, hari Isnin petang tu aku dah start rasa pening and panas badan. lepas balik kelas tu aku tido la kejap . bila dh bangun tu rasa mcm dah okay badan ..mlam tu kwan semua tgh study sbb ada quiz math minggu tu. but , aku tak study pon sbab pening kepala en . betul lah orang kata, bila kita sakit ni kita just nak orang yang kita sayang ada dengan kita. Huahuahua. kebetulan mlam tu Haikal call aku, sembang2 la. pastu aku cakap la "saya demam la mlam ni." smbil gelak lak tu. so, Haikal just ckap makan ubat en sbb dia dh tau dh klau ak dmam mesti sb nak balik rumah.. 

pagi 17/08 tu aku rasa mcm larat sangat lah nakgi kelas and mmang badan tak panas pon time tu. but bila kena aircond dlm bilik kuliah badan start demam and batuk teruk. seingat aku time tu kelas Bio and memang kaw2 lah aku batuk. masa tu dh rasa nak dmam balik but aku tahan jelah sbb kuliah satu jam kan bg stiap sbject. so bg aku sayang kot nak tinggal . :3 masa gapped pkol 12-2 ptg, aku mkan nasi lemak but tak habes. sebab tak larat gila ah .. sorang dua je tahu aku tak sihat time tu. memula aku cadang nak habeskan je kelas haritu. tapi ttiba tak larat. so bgtau la kwan ckp "sy rehat kat surau je. sbb tak larat sgt ni" ,so dorang mcm okay la. Ha,, haritu jgak ad sorg dua tego aku sb nmpk muka ak mcm tak sihat. huhu then waktu zohor aku ws ayh , "ayh jdi tak nk dtg KB weekend ni?" then ayah ckap "jadi je." and ak terus ngadu la kata aku demam hrini and ayh pn ckap dia dmam jgak, dh 2hari. ayah tny la duit semua ada ke tak en. haritu ak tak masuk la kelas PHY ,pkol 2-3ptg. lpas hbes kelas phy, lect aku merangkap mentor batch ak offer nak hntar ak kt HRPZ2 ..dlam 3.30 ptg aku kat emergency HRPZ , and bila dpatkan rawatan ,suhu badan aku mencecah 40.2..panas bukan ? haha then , terus MA bagi aku telan panadol 2biji. lepas telan ubat , suhu badan menurun , 39.8.. apalagi , terus aku ditolak masuk ke zon kuning klau tak silap. zon yg tenat tapi masih boleh dikawal. ha giteww. 

dalam 1jam jugaklah duk dlam emergency .. bila check suhu pon dh xnak turun, ambik darah semua , doktor pon sruh ak admit wad dulu smpai dmam dh okay , timetu la kena buat ECG bagai. :3 time kt emergency dh kol parent bgtau condition aku ..dlam 4.30 aku kol parent ckap dktor suh admit wad dulu kan. dlam pkol 6 dorang terus gerak dtg KB ..sblom nurse g dftar ak msuk wad, ak kena stay dkat bilik gerakan for a while. bila dh settle dlm wad ,terus ak ditolak ke sana. hari first and second mmang badan aku tenat sangat .dan mmang tak dpat dinafikan sbb doktor sndiri ckp ak tenat , ECG aku pn barai jgak lah. mlam first tu nurse bwak aku g xray peparu .dan nak taknak kena g jgak even bdan time tu lemah ..huhu ak respect lah nurse kat sini, so far dorang ramah la. hehhee hari kedua smpai la hari ke-5 aku dilayan seperti pesakit2 lain , boleh dikatakn doktor aim jgak la aku sebab hari ke3 pon suhu still tak banyak turun. huhu 

ujian ketiga sepanjang Sem 1 ialah bila aku kena histeria mlam sebelum exam Phy. final beb final. but alhamdulillah result okay :) Thats all. HHAHAHHAA wanna know this story ? just comment and i'll pm you. bhahaha  

Tuesday, June 7, 2016

Gagal.

Assalamualaikum. setelah sekian lamanyaa aku meninggalkan blog ini, tetiba hari ni kempunan nak hapdet blog. okay, taknak merapu panjang. sebab hati aku tetiba terdetik nak share psal ni especially buat adik2 yang bakal menghadapi SPM akan datang. Kali ni aku terasa kegagalan sebenar dalam hidup. ya. aku akui, sebelum ni aku slalu dgr pnceramah slalu sentuh bab kegagalan. dan bagi aku, kegagalan itu bilaa result ko ada G , maka dianggap gagal. tapi, tidak bagi akuu. G padaa result bkan brmkna kita akan gagal.

Bulan Mac 2016 , result SPM keluar. bayangkan , sebelum aku pergi sekolah utk ambik result, ayah seolah2 memberi aku 1000 harapan. seolah2, aku ialah harapan terakhir dlam keluarga kami. ayah kata "rasa2 dpat brpe A? 6A takpe doh." aku senyum. sbb ak xtau dpat brpaa. sblum gi skolah , ak check result guna SMS. result SPM MasyaAllah, hanya Tuhan yang tahu. Aku tidak salahkan takdir. Hati aku seolah2 jatuh berderai. semangat aku seolah2 luntur. ibu dan ayah menaruh harapan buat aku. ya. dlam family ak , bagi exam PMR dn UPSR , aku paling atas. dan SPM , aku paling bawah. Ye. aku terasa kegagalan yg sbenar2nyaa dalam hidup. 9 subjek yang aku ambil, ada yang okay dan ada yg biasa2 jee. serious talk ,aku malu nk bgtau ayah psal result aku. seolah2 aku menghampakan ibu dn ayah. entah. lepas ak dh reda semua, aku kol ayah, "ayah. Kak Irah dpat 2A- jee." bila sebut 2A-, sebak dia lain macam jee. bayangkan beb. sikit sangatt. masa tu ak xtahan sedih. dengar suara ayah. aku tahu , ayah kecewa. maafkan aku .suara ayah cukup reda time tu. and ayh ckap "oh. takpe la tu. malam ni kita klua mkan ye." aku terdiam sambil brkata dlam hati, "ayah. kak irah cuma dpat 2A- je. kenapa ayh nk blanja kak Irah makan ? pdhal kak irah kcewakan ayah." air mata mengalir di pipi. ayah cuba kmbalikan smngat aku.

sebelum dan semasa SPM, ayah lah yang sanggup bangun malam solat sunat untuk aku. sdgkan aku ? ralit dibuai mimpi. ayah tidak kejutkan aku. mungkin ayah tahu aku lelah. jarang2 skali ayh aku akan kejutkn ak skali utk solat sunat , tapi aku tak sedar :') pernah ayh bersuara "kak irah jwab molek deh. sian ke ayh smyang" aku cuma tersenyum. aku mngkin tak mengerti maksud ayh :) bayangkan , dlam adik-beradik aku, ibu dn ayah bnyk mmberi kpd aku. hujung tahun 2014 , mak dftarkan aku utk kelas tuisyen intensif di mana bayarannya RM 450.00.. beb , bagi aku tu nilai yg sangat besar. RM 450 utk bulan 11 dn 12. mak kata , supaya bila masuk Form 5 nanti , senang nak recover balik sbb dh faham. masa tu aku tak sedar pn psal nilai tu. kakak2 dn abg aku xpnah dpat tuisyen mahal mcm tu. kalau dema nak pn , mcm susah nak dpat. masuk Form 5 , ayah dn mak dftarkan aku Kelas Tuisyen Tutorial di mana bayarannya RM 120/bulan. aku masuk tuisyen smpai bulan 10. RM 120 x 10 = RM 1200. :') dan hasilnya sangat menduka citakan. maafkan saya ,mak ..ayah..

Lepas dpat result SPM , baru aku sedar yg mak dn ayah bnyak support aku. kemana aku pergi , dia izinkan. apa aku mahu, dia berikan :') aku mnyesal. Sekolah ak jauh dari rumah. Minyak kereta RM 30 pergi dan balik. aku xstay asrama. time spm , kelas tmbhan kt skolah smpai 7 malam. kadang mak or ayah akn dtang ambil. aku kacau waktu solat mreka. Ya Allah :( Masa exam Bio, ak cadang nk g blaja kt rmah Cikgu Ros, 20 minit dri rumah. lepas Isya, mak offer untuk hntar. pukul 11 malam, mak dtg ambil aku. aku kacau waktu tidur mak. Astaghfirullah.

Semakan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM 16/17.. aku masukkan i/c. aku GAGAL ditempatkan mana2 matrik KPM. aku terasa kegagalan lagi skali. kakak2 ak yg SPM batch 95&96 dpat matrik. dema xmsuk tuisyen masa SPM, time tu mak ayah tak banyak duit. tapi mreka sedikit sbnyk bhgiakan prent. Bila tau xdpat matrik, hati aku sebak. aku sekali lagi mngecewakan mak dn ayah.. rasa mcm dah tak sanggup nak tgok muka demaa. rasa xsnggup nk dgr suara dema. silap besar dalam hidup aku :( sblum result matrik, ayah slalu kata "agak2 dpat matrik mane ? kalu dpat jauh , penat ayh nk kena hntr.*smbil senyum* " ak tahu ayh teringin nk hntr ak blaja jauh2. maafkan saya. :( harapan mreka terkubur layu.. lepas dpat tau MATRIK gagal, terus aku buat rayuan. Takpela, mngkin rezki ak kat tempat lain kan ? :')

Semakan UPU ; 16.05.16... mula2 aku nk check guna web , tapi line busy sgt time tu. Then , aku check guna SMS. setengah jam kemudian....GAGAL. okay, kali ni aku tak tahan sedih. kegagalan yg terpaksa aku hadap lagi sekali. :') 12 pilihan , satu pun aku tak dapat. pasal beli no pin matrik and upu, malas nak sebut sbb mmg dh sah2 guna duit mak ayah. aku menangis sendiri lepas dapat tahu satu per satu gagal. seolah2 semuanya berakhir. kakak2 ak dpat upu sblum ni. aku sedih. Allah pilih aku untuk merasakan semua ni. masa hari kuar UPU tu , ayah pegi keja and mak tgh masak. ak kt dlam bilik, layan perasaan. sedih tak terungkap. serious rasa xmboh dgr suara mreka. rasa bersalah sangat sbb xmnjadi anak yg trbaik buat mreka. lepas ayh balik keja, ayh tnya dgn muka tersenyum"dpat u mane?" dan ak cuma jwab "xdpat mana2 ayh." aku diam. Hati. tahan air mata daripada menitis di pipiku ini. Allah. kuatkan aku untuk kali ni Ya Allah.sebelum ni ayh slalu kata , "dapat uitm pn takpe dh."

Sekarang , aku tekad untuk bermula dpd bawah. aku belajar di Tingkatan 6 bawah .. semangat baru untuk diri yg pernah merasakan pahitnya kegagalan. peritnya kebodohan yg aku tanggung sblum ni. biarlah apa org nak kata pasal Form 6 , ak tetap dgn pendirian aku. Ya, mngkin org kata "ee. form 6, kena skolah balik. kena ikut program bdak skolah." okay, takpelah. InsyaAllah dgn STPM , ak akan tebus balik kegagalan aku tempoh hari :') lagipun memang sblum ni dah set in mind , memang nak sambung f6 je. sebab ayh n mak pn duit tak banyak. cukup2 utk tampung prbelnjaan prsekolahan kami. klau ak masuk U pn , beribu2 dikeluarkan hanyalah mainan. jadi , ak xnak dema kluarkan duit bnyak2 lagi. biarlah aku habiskan tingkatan 6 ni.. InsyaAllah Allah permudahkan. aku tekad utk blaja brsungguh2. aku nak sangat dpat bagi kejayaan buat ayh dn mak sbelum mereka tiada. aku xmboh susahkan mreka lagi. mengikut perancangan aku , lepas STPM , aku nak keja. nak kumpul duit utk smbung degree. wlaupun xmmpu nk byr semua utk pndftaran, biarlah sedikit sbnyak hasil titik peluh aku. Lepas SPM hri tu , aku kerja as a babysitter kat sini. dgn gaji RM 400-RM 500/bulan cuma cukup2 makan je :') so, target ak lepas ni aku nak keja before smbung degree. di samping tu , saya nak belajar agama, bekal utk akhirat. kalau boleh , saya nak jadi pendakwah yg berdakwah ikut cara Nabi. :) nak pupuk keluarga islam. mngkin sy xdpat bagi apa2 kejayaan akademik kpd org tua sy, tapi sy nak sy jadi anak yg solehah buat mereka.

blogger2, adik2, doakan kejayaan saya yee di dunia wa akhirat . kalau saya diberi peluang utk bercerita di hdpan junior2, saya akn kongsikan pnglman ni kpd smuaa. sy xmahu anda semua kecewakan ibu bapa korang sperti mana yg trjdi pada diri sy sndiri. saya menyesal. tapi, saya dh xboleh buat pape. life must go on . benarlah , kegagalan merupakan titik prmulaan menuju kejayaan. InsyaAllah. Moga Allah permudahkan. saya harap dgn STPM saya mampu mmbuka langkah baru. Aamiin Ya Allah.